with the name of god the most gracious and the most merciful...

im just new in blogging,please support me,and im also bad at telling jokes,so please dont laugh.....haha

13 August 2011

aku dalam dilemma...

 aku dalam dilemma...

hari ni aku melihat suaatu kesedihan yang amat menyakitkan...sukar diduga,sukar dinyatakan..namun jauh di sudut hati,aku sangat sedih.....


hari ni aku melihat seorang rakan yang sedang bersembahyang,namun langsung tidak memahami sebab mereka sembahyang,aku melihat dia rukuk,namun langsung tidak mengerti tujuan dia menundukkan kepalanya di paras pinggang.. aku melihat dia sujud,namun langsung tidak menyedari tujuan dia meletakkan kepalanya diatas lantai.solatnya kelihatan sempurna,baik dari segi bacaan mahupun perbuatan,namun alangkah bagusnya jika dia solat dengan penuh penghayatan dan memahami setiap tujuan yang dilakukannya...

hari ni aku melihat ade rakan ku yang berpuasa,namun puasanya x lebih daripada sekadar lapar dan dahaga,alangkah bagusnya jika kita berpuasa tanpa disertai kejian dan umpatan yang memakan setiap amalan kita,alangkah bagusnya puasa kita dibulan puasa ini menjanjikan rahmat,keampunan bahkan pelepasan daripada api neraka...

hari ni juga aku melihat seorang yang membaca al quran, bacaannya baik,,,,,alangkah bagusnya kalau bacaan tersebut diikuti dengan pemahaman yang baik terhadap ayat ayat al quran tersebut. alquran tidak diturunkan untuk dibaca semata mata,bahkan untuk difahami. apa guna kita menghafal 30 juzuk alquran jikalau apa sebenarmya yang Allah cuba sampaikan kepada kita langsung kita tak fahami?

hari ini aku melihat seorang pelajar yang belajar agama,namun gagal menghadirkan niat ikhlas dalam pembelajaran tersebut...sungguh,aku pun pernah belajar semata mata untuk mendapat keputusan yang cemerlang semata mata,bukan kerana Allah,alangkah baiknya jika kesilapan yang aku lakukan dulu tidak diulangi oleh generasi yang kemudia. ilmu agama adalah ilmu yang mulia, tak semua orang yang belajar agama itu baik,namun orang yang baik pasti belajar agama...

hari ini,air mata aku hampir menitis,kerana mengenangkan adanya orang yang beragama Islam,nama tak lebih dari sekadar tulisan diatas kad pengenalan. dia mempermainkan agamanya, menmperlekehkan kekuasaan Alllah, mempersendakan sunnah Rasulullah yang sekaligus menafikan keIslamannya...mengatakan agama tak lebih dari sekadar urusan akhirat semata mata....saeolah olah dunia ini berdiri atas tiang materialistik semata mata. sekularism menguasai pemikiran muda mudi kini....

aku mungkin insan yang lemah,bergantung kepada kasih sayang Allah untuk terus bernafas hingga ke hari ini,bergantung kepada ikhsan Rasulullah s.a.w untuk menghirup nikmat Islam ,bergantung kepada belas ikhsan orang tua ku untuk terus menumpang di rumah mereka hingga ke hari ini.tapi jauh disudut hati ini,aku percaya,suatu hari nanti aku akan mampu membawa perubahan kepada  masyarakat ku ini.
mungkin lemah...
mungkin lambat
mungkin lewat
dan mungkin terbantut atau terhenti terus
namun penilaian Alllah tak terbatas pada penilaian zahir
kasih sayang Allah tidak terbatas pada impak fizikal...
kasih sayangNYA meluas......................................merangkumi keseluruhan alam ini..

                                                                                                              

2 comments:

  1. ..... nak komen prenggan kedua. ko x semayang ke daus?

    ReplyDelete
  2. aku semayang awal...die semayang lewat sket...haha

    ReplyDelete