with the name of god the most gracious and the most merciful...

im just new in blogging,please support me,and im also bad at telling jokes,so please dont laugh.....haha

16 August 2011

10 ramalan popular berkenaan internet

berikut adalah 10 ramalan popular berkenaan internet yang mungkin akan terjadi pada masa hadapan....
  1. dengan adanya laman facebook,twitter dan friendster,komuniti pada masa hadapan akan mula kehilangan keseronokan untuk berjumpa atau melawat rakan rakan mereka.setiap perkara atau hal yang ingin dibincangkan boleh dilakukan disini. berjumpa khalayak ramai mungkin satu perkara yang leceh,jadi berjumpa melalui laman sosial ini lebih menjimatkan masa dan dilihat lebih membantu bagi mereka yang jenis pemalu. bahkan, mungkin meeting atau ceramah satu hari nanti turut akan dilakukan disini.....
  2. membeli belah di pasar raya bukan lagi menjadi satu pilihan,dengan adanya ebay,amazon. com dan pelbagai lagi laman web berunsur perniagaan,shopping mungkin hanya akan dilakukan dihadapan komputer dengan hanya beberapa klik. barang yang dipesan pula akan dihantar ke rumah melalui pos yang mungkin mengambil masa sehari. ini kerana mencari parking,duit minyak dan kepenatan membeli belah dilihat agak menyeksakan.
  3. sistem sekuriti di internet akan mempunyai pasaran yang tak terhad,ini dilihat kerana virus virus baru sentiasa dicipta setiap hari dan kehadiran ribuan hacker yang berpotensi menceroboh masuk sistem pertahanan sesuatu laman web menjadikan permintaan sistem sekuriti ini meningkat mendadak. satu hari nanti,kita mungkin melihat antivirus sebagai satu keperluan hidup...
  4. pekerjaan yang dilakukan dirumah akan menjadi satu industri besar berpendapatan tinggi dimana kebanyakan pekerja yang banyak menggunakan komputer lebih cenderung melakukannya di rumah. ianya lebih menjimatkan masa dan tenaga. mungkin satu hari nanti kita dapat melihat kes pekerja yang dipecat melalui facebook...lol
  5. peraturan pengehadan penggunaan internet menjadi sesuatu yang dilaksanakn diperingkat global. memandangkan internet merupakan alat yang tak mengenal sempadan antarabangsa,orang yang berada di antartika pun boleh pecah masuk sistem sekuriti amerika dan penangkapan sebarang individu yang terlibat dilihat amat sukar dilakukan. hati hati,mungkin ada seseorang dari sana sedang hack komputer anda sekarang,haha
  6. kawalan ketat terhadap hakcipta dilaksanakan terutamanya yang melibatkan bahan yang boleh disimpan di komputer. tengoklah, kita boleh download pelabagai cerita atau movie yang baru kelar di internet walaupun movie tersebut baru je keluar dan ini amat menggusarkan syarikat perfileman, secara tak langsung,ia turut melibatkan artis artis(4shared punye pasal la ni),pada masa hadapan,pengeluar filem atau lagu mungkin mengambil tindakan tegas bagi menghalang hakcipta mereka diupload atau  didownload sesuka hati............(mungkin jugak diorang akan mogok lapar atau berdemonstrasi mendesak kerajaan agar melindungi hakcipta mereka. artist nak berdemonstrasi,tak tau la camne.haha)
  7. memiliki laptop dan komputer akan menjadi satu kewajipan. mungkin kita dapat melihat budak kecik di tadika akan guna mini laptop satu hari nanti bagi menggantikan buku tadika,haha. nak belajar ABC pun guna laptop tu,tak belajar dah menulis,diorang belajar menaip terus. kalau dulu,memiliki henset dilihat hanya  sesuai untuk orang kaya,tapi sekarang,penoreh getah pun boleh guna iphone ape,perkara sama tak mustahil berlaku pada laptop.
  8. menghantar pelajar keluar negara mungkin dilihat tidak lagi relevan dan membazir kos. kalau kita boleh belajar dengan campus online je,tak mustahil penghantaran pelajar ni akan dihentikan,atau sekurang kurangnya dikurangkan. berapa ramai yang dapar degree hanya melalui online je? tapi benda ni mustahilla untuk sesetengah kos macam medik,takkan nak belajar melalui tengok video je,mesti nak practikal gak kan....(korang sanggup ke kena bedah dengan orang yang hanya tengok video pembedahan semata mata?  kalau ake.eeeiiiiiiiii)
  9. kahwin online mungkin berlaku!!! boleh jadi ke? kalau tok kadi pun dah ade facebook,boleh kot. kite guna skype untuk lafaz nikah haha...tapi sistem sekuriti kena tinggi ar,takut ade yang mendengki,die hack line,lafax betul pun boleh jadi salah...
  10. yang paling bahaya,memandangkan internet merupakan satu line yang sangat luas dan pertukaran information yang tak terkira banyaknya berlaku secara global setiap saat,mungkin akan muncul pihak yang berminat untuk conntrol pertukaran maklumat ni,dengan kata lain,MENGAWAL INTERNET... dengan teknologi sekarang,perkara tersebut dilihat mustahil,tapi kalau cip silikon (sekarang kita masih guna cip silikon  untuk simpan maklumat dan bahan ni boleh dilihat dalam pendrive dan hard disc)yang kita gunakan diganti dengan bahan lain yang lebih maju,perkara tersebut dilihat tak mustahil dengan bantuan superkomputer.                                                                                                                                     setakat ni,DNA  dilihat memegang keyword kepada teknologi ini kerana ia mampu menampung maklumat yang sangat banyak dalam kapasiti jauh lagi kecil berbanding cip silikon,namun perkembangan teknologi tersebut masih lemah,dalam erti kata yang lebih tepat,hanya di peringkat teori........
 kemungkinan yang dibawa internet sangat banyak,dalam bidang pertahanan, perubatan dan sebagainya masih tidak dinyatakan,namun secara jelas,tak mustahil perkara ini boleh berlaku. bergantung pada penemuan semasa dan kehendak pasaran,jangan terkejut kalau satu hari nanti keperluan internet setaraf keperluan air dan elektrik pada masa kini,haha

diingatkan...ini hanyalah sekadar ramalan,tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah taala dalam menentukan masa hadapan umat manusia............... -new perspective-firdausanalogy

2 comments:

  1. Kita merancang, Allah juga merancang..
    Tetapi rancangan Allah tiada cacat celanya dan pasti akan berlaku

    ReplyDelete
  2. yup....betul tu...ni hanya satu jangkaan,samada ia akan berlaku atau x..Allah jua yg menetukan

    ReplyDelete