with the name of god the most gracious and the most merciful...

im just new in blogging,please support me,and im also bad at telling jokes,so please dont laugh.....haha

21 January 2012

in dilemma: siapa aku pada 10 tahun akan datang??

hari ni ntah kenape....tiba tiba je aku terfikir,siapa aku akan jadi dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang...hmm,korang pernah terfikir tak macam ni?

persoalan ni timbul sebab ade banyak masalah yang timbul kebelakangan ni... dan semalam aku baru saja terima satu berita buruk,ade satu lagi masalah menyusul. masalah ape? biarlah ianya kekal sebagai satu misteri.... kesemua ini membuatkan aku terfikir, siapa sebenarnye yg aku akan jadi pada masa akan datang, adakah aku ditakdirkan untuk menjadi seorang pemimpin, kalau ye seorang pemimpin...pemimpin yang macam mana? atau aku akan menjadi seorang ahli farmasi, tapi ahli farmasi yang macam mana? atau mungkin, aku akan jadi seorang ustaz....well.persoalan yang sama...ustaz yang macam mana...

untuk mungkin gabungan watak2 diatas?? who knows....

memikirkan siapa yang akan jadi pada masa yang akan datang sememangye bagus.. ianya membuatkan kita melihat ke hadapan dan ternanti nanti ape yang akan berlaku seterusnya... namun aku sedar.....aku mempunyai bnyak lagi kelemahan yang perlu ditampung. aku lemah dengan godaan syaitan, aku lemah dengan perempuan dan aku lemah dengan pelbagai perkara... hubungan aku dengan Allah masih lagi tak cukup kuat dan aku sememangnye banyak kekurangan...aku sedar diri aku ni sape...

dan...aku sedar yang aku takkan hidup untuk selama lamanya....someday and somehow, aku akan tinggalkan dunia ni dan  perjuangan aku mungkin terhenti di tengah jalan. saat malaikat izrail memanggil aku, tak de butang pause atau masa tambahan yang aku boleh mohon. tak de permohonan untuk stay 2-3 hari lebih lama sket untuk bertaubat...dan saat kematian itu datang...aku dah pun tiada apa2 lagi katakan...

kehidupan yang sibuk pada hari ni kadang2 membuatkan kita lupa yang kita hidup bertuhan, kita sembahyang, namun berapa kali sembahyang tu betul2 meresap masuk kedalam diri kita? berapa kali kita khusyuk dan berapa kali agak2 semabahyang kita tu diterima oleh Allah?...
adakah kita betul2 bersedia berhadapan denganNya di akhirat kelak...
dan adakah kita yakin yang syurga adalah pengakhiran bagi kita?
macam mana kalau dosa kita tak diampunkan?
dan...(nauzubillahi min zalik)
macam mana kalau tempat terakhir bagi kita adalah neraka?

dan perkara yang kau paling risau,...adekah kematian aku tu akan berakhir dengan satu pengakhiran yang baik? mungkin tak sampai 10 atau 20 tahun, hari esok pun belum tentu aku dapat merasai nikmat nafas yang aku nikmati sekarang...

ya Allah,kepada engkau ku minta ampun dan kepada engkau aku minta pertolongan...

17 January 2012

stress, stress and more stress

aslmkm....  seriously bnyak kerja yg nk di settlekan ... walaupun ramai yg tengah merasai cuti kat rumah masing2 sekarang , tapi aku masih lagi disini... terperangkap dalam bumi usm yang penuh berkat dan rahmat ni... (insyaALLAH)

sibuk!!! yes.. thats rite, aku memang sibuk ,  kalau aku senaraikan to do list aku,, mau ke 30  ke 40 bnda yg nk kena buat serentak.. tapi aku still boleh relaks.. aku pun tak faham kenapa ,sejak masuk usm ni, aku berubah menjadi seorang insan yang cukup optimis...
fail dalam test... relakslah, belum final examlagi..
bnyak sangat kerja yang tak settle lagi.... relakslah, bukan tak leh selesai pun..
ade orang tak puas hati ngan aku... well, aku tak hidup untuk puaskan hati setiap orang pun..

begitulah episod kehidupan ni,aku laluinya dengan penuh optimis walaupun ade sebahagian perkara yang aku masih pandang dari sudut negative... but overall, aku sendiri terkejut, macam manalah aku boleh bertenang dengan masalah besar yang aku hadapi ni.

sekarang ni aku tengah uruskan satu projek untuk sem 2, projek yg sememangnye sukar... fuh, ade budak cakap kat aku yang aku ni agak terlalu ke hadapan untuk certain thing, contoh kate pasal projek ni, baru first year dah propose nak buat projek. dahla aku tak de sebarang jawatan rasmi pun dalam persatuan, buat mesyuarat pun dekat foyer, begitulah betapa tak formalnya organisasi yang tertubuh untuk satu matlamat yang sangat unik ni...haha

 sememangnye berlawanan dengan keadaan aku kat matrik dulu dimana aku diamanahkan dengan jawatan yang agak tinggi ar.. dan kuasa yang diamanahkan pada aku pun bnyak mmbantu aku melicinkan gerak kerja kat matrik dulu sebab aku dah ade platform yang kukuh dah waktu tu, tapi kat U ni lain, aku hanyalah seorang ahli biasa dalam persatuan...but well, aku tak rasa jawatan yang menjadikan seseorang tu perlu bergerak, its all depend on himself, nak ke tak nak... kalau seseorang tu betul2 nak. gunung everest pun die mampu alihkan dan dia tk perlu jadi superman, dia just perlu jadi himself berbekalkan perancangan dan komitmen yang tinggi.

thanks to kehidupan kat matrik dulu, i chooose to be like this, i dont follow orders from anyone. no one shape me to be like this. i choose to take ISLAM as my way of life, orang di sekeliling hanya memberi pengaruh yang kecil dalam diri aku..... its all based from my own desire.macam dalam post yang aku cakap sebelum ni.. orang yang paling beruntung dalam kehiduan kat U ni sebenarnye adalah orang yang dapat belajar sebanyak mungkin perkara kat U ni, tak kira dalam bidang apa sekali pun, bukanlah mendapatkn pointer tinggi semata mata, walaupun ponter tinggi tu sememangnye salah satu matlamat kita...

oklah..setakat tu saje kot.. ade pa pe aku post plak lain kali,...thanks for reading this. blog aku ni dah jadi macam diari la plak...haha,

15 January 2012

its not over, it just a beginning:pharmagraphy

musim exam baru jer berlalu..walaupun sekarang tak habis lagi, tapi ramai budak yang dah habis exam dah pun pulang ke rumahnye..dan macam mana plak dengan aku...aku masih lagi disini,,di bumi usm yang kian senyap dan sunyi ini...

musim exam ni bukanlah satu pengakhiran bagi aku, ramai yang enjoy bile exam dah habis... tapi aku tak rasa gembira sangat, satu event dah berlalu, dan kini satu event yang lebih sukat menyusul...sem 2 menjanjikan satu perjuangan  yang lebih memeritkan lagi...sebab kat dalam sem 2 ni,aku ade projek yang mesti dilaksanakan.

projek ni bukanlah satu projek mudah, bahkan sangat  sukar, namun tak mustahil, nama projek ni pharmagraphy dan aku sekarang ni tengah struggle untuk pastikan segala berjalan lancar pada sem 2 ni. ianya basically sebuah projek perfileman yang aka ditayangkan pada semua pelajar usm (bagi yang berminatlaa) dan dianjurkan di bawah persatuan sains farmasi...

ramai yang tanya aku, why should we do this project?, for me, it is reallly important. universiti ni sebenarnye satu gendung ilmu yang cukup luas. peluang untuk kita belajar perkara baru amat banyak,  bagi aku,orang yang paling beruntung kat U ni bukanlah orang yang dapat pointer paling tinggi, tapi orang yang dapat belajar sebanyak mungkin ilmu kat universiti ni, dan ianya akan bertambah baik kalu kita belajar something jauh di luar dari bidang kita .. orang hebat bukanlah orang yang mampu berjaya hanya di suatu tempat, tapi orang hebat ialah rang yang mampu berjaya tak kira dimana sekalipun dia dicampakkan. di tengah laut? di hutan belantara? namakan saja...dia mampu survive kearan dia sememangnya orang yang pantas dalam mengadaptasikan dirinya... dan sekarang ,kita akan lihat,adakah budak farmasi ni mampu survive kat dalam dunia yang agak asing bagi diri mereka.....


its impossible!!! pelajar farmasi nak buat satu filem? well, bagi aku bnda ni memang sukar, dan seingat aku pun,aku tak pernah cakap pun yang benda ni mudah.. dah la kitorang kurang expertise, pengalaman pun tak de, semuanya first timer, tak termasuk lagi dengan masalah funding, sekali tengok, ianya memang satu projek yang mustahil untuk dilaksanakan... but for me, persoalan paling besar sekarang bukanlah mudah ke susah, persolan paling besar sekarang adalah nak ke tak nak? kalau kita ada semua keperluan yang diperlukan sekalipun,kalau dah diri ni kata tak, tak terlaksana gak benda tu...

memperkenalkan satu idea baru bukanlah mudah, bahkan ianya ambil masa yang agak lama jugak untuk diperjelaskan dan diterangkan. kita tak tahu samada kita mampu lakukanya atau tak, so why dont give it a try??.. kalau kita gagal sekalipun, kita tak rugi, bahkan,percaya atau tak, kegagalan mampu mEngajar kita lebih banyak perkara berbanding KejayaAN, persoalan paling utama sekarang adalah,adakah kita belajar dari kegagalah tersebut?

aku rase sangat gembira sebab ramai yang expect tinggi dan at least,expect something from this project, thanks to dekan and dr norni, bahkan sebahagian senior pun menyokong dengan ikhlas, i feel very relieved sebab ramai yang mnyokong. dan sanggup menghabiskan masa untuk menjayakan projek ni. bahkan bile aku ambi keputusan untuk datang awal untuk jayakan projek ni,ade yg nak follow sekali...i cant say anyting but alhamdulillah and thanks to all of u...

but perjuangan ni tak terhenti disini, perjuangan ini akan diteruskan sehinggalah akhir.. the toughest opponent that u gonna face is the one who doesnt know how to give up... and thats it,i wanna the one who dont know those '2 words' meaning...

07 January 2012

hatiku telah diisi

dalam hatiku terdapat 4 tempat kosong.. jadi ku isikan yg pertama dengan Allah, yg kedua dengan rasulnya. bahagian ketiga dan keempat ku isikan pula dengan kedua ibubapa ku.. huh,nampaknye dah penuh, perlu ke aku tambah lagi ruang di dalam hatiku untuk certain somebody..hmm tak perlu lagi kot(buat masa ni)...




05 January 2012

i fail............again

pagi tadi aku baru je dapat result untuk test physio yg dah agak lame dah la berlalu, tapi result die baru kluar...dan alhamdulillah..aku fail

aku rase cam tak percaye je..mcm ade bnda yg tak kena dalam hidup aku ni...why!! why!!! kenapa mesti fail . aku dah cuba yg terbaik dah,aku bukan masuk dewan exam dgn tak study,aku bukan jawab exam dgn otak aku kosong,bahkan aku kluar dewan tu dgn muka trseyum lagi nk mnnujukkan betapa yakinnye aku dengan jawapan yg aku dah tinggalkan kat atas kertas jawapan..ya ALLAH...kenape!!!

satu soalan yg tak terjawab..lepas tu,aku mulalah muhasabah diri semula...
hmmm
 mungkin tulisan aku buruk kot, so lecturer tu tak leh baca...and then aku dapat markah rendah
mungkin aku trtinggal keyword penting kot...sebab tu lah, walalupun aku blh jawab kbnyakan seoalan tapi still tak leh dapat markah..
hmm
 dan mungkin jugak sbb budak lain mniru kot,(aku tak, sebab aku budak baik, haha). thats why diorang blh dapat lagi tinggi daripada aku

alasan demi alasan aku bina utk mnyedapkan hati yg duka lara ni..
akhirnya aku sedar... dunia tak berputar disekeliling aku...
tak kira seramai mana pun org yg aku nk salahkan
atau perkara yg aku nk letakkan kesalahan aku padanya...
hakikatnya,aku dah fail

dan masa terus berlalu....begitu jugak dgn khidupan.
tak de butang pause kat mana2 yg aku blh tekan...
yela...nk berenti rehat kejap...penat kot hidup ni
cam dalam dunia lakonan, ade arahan 'cut' dan 'action' die..
akhirnye...kesalahan yg paling utama aku blh letakkn kat sini adalah pada diri aku sendiri

tulisan aku buruk?? so tulislah elok2..
aku tak tulis keyword?  so hafal dan tulislah keyword tersebut...
budak lain mniru?? ikut diorang ar.. rezeki yg halal itu adalah rezeki yg berkat.

dikelilingi oleh budak pandai ni buat kau rase down.. aku bukanlah bijak sangat, tapi mungkin sebab usaha aku yg kuat selama ni mampu mmbawa aku ke sini...
so, bile dah dikelilingi oleh mereka yg bijak pandai ni, aku tak de pilihan lain mlainkan
try harder...

thanks for reading this.. aku tak tau nk luahkan kat sape.. tiba2 plak korang bace blog ku ni..so, kepada koranglah tempat aku mluah...

takpelah...esok ade exam titas..baik aku study bnda tu

akhir kata..majulah sukan untuk negara..
dan semoga amalia che bakri berubah...amin















04 January 2012

asslamualaikum..
dah lame sgt dah rupenye aku tinggalkan blog aku ni..ntah kenape plak tibe2 je dapat hidayah nk update blog ni padahal dah lame sgt dah tinggal.sejak aku masuk usm.tak sentuh langsung pun blog ni, 
mungkin sebab tak de masa
mungkin sebab aku malas
dan mungkin jugak sebab aku bosan
blogging ni best kalau kite ade bnyak idea
tapi jadi tak best bile idea tu tak tau nk diterjemahkan macam mane


well... well well, wild wild west...
aku pun tak tau sgt nk tulis ape. tapi ygcormfirm
aku agak tension gak ar kebelakangan ni
ramai yg tak tau
tapi ape yg aku hadapi....complication dalaman yg aku ade adalah sangat2 berat dan rumit.
aku nk kongsi dengan yang lain,tapi tak semua orang yang boleh aku kongsi.dan tak ramai yg mampu atau sanggup jadi listenig ear untuk luahan hati ni.. 


sekarang ni minggu exam.. fuh..aku risau betul. dahla aku fail dalam semua test sebelum ni.. benda ni nmpak simple,tapi kalau aku tak pulun habis2, tak pasal2 aku kena kick dari school aku.. 
sekarang  baru aku sedar. dikelilingi oleh budak pandai ni mmbuatkan kita rase kecik je..
analoginye camni la.. kalau kita tinggi, dok dalam kalangan org rendah,kite rase best sebab kitela yg paling tinggi time tu, cube dok sekali ngan budak2 yg semuanya jauh lagi tinggi dari kita, time tu la kita rase down.. ya Allah..aku pun kadang2 rase lost bile dok kat sini.. tension pasal semua budak bijak sgt. sampai aku ketinggalan kat blakang tanpa aku sedari...

well....
i take it for granted..
i take it for granted for almost everything.
for being at good university
for being at good school
and a lot more...
and this take-for-granted attitude now is killing me

but i know.... to be a good person
doenst mean u can survive without feeling the pain...
instead..the best one is the one who feel the most pain...
even justin bieber got his(her) own enemy..

stay strong..stay good 
may Allah bless us All