with the name of god the most gracious and the most merciful...

im just new in blogging,please support me,and im also bad at telling jokes,so please dont laugh.....haha

22 April 2011

cerita seorang pencuri dan magsanya..

CERITA SEORANG PENCURI DAN MANGSANYA...


Pada suatu hari,terdapat seorang pencuri sedang berjalan jalan,gaya berjalan cam nak cari makan,tapi kali ni beliau(cewah, 'beliau' tu....) sedang mencari seorang mangsa. maka setelah 5 minit berjalan,beliau terserempak dengan Halimah,bukan Halimah jongang,tapi ni Halimah yang lain punye. so nak dijadikan cerita,si pencuri tadi bertindak professional dengan meragut beg tangan halimah,sangat pantas perkara tersebut berlaku,sekilas mata memandang,sekilas ikan di air,sudahku tahu jantan betina(ape aku mengarut ni).

Maka berlakula insiden kejar mengejar.haha,kali ni si pencuri tadi silap sebab halimah adalah pelari pecut 100 meter.setelah 2 minit berkejaran di taman bunga,Halimah berjaya menangkap pencuri tersebut tapi kali ni Halimah pulak yang tersilap,dia tak tau yang encik pencuri tadi adalah juara olimpik dalam acara tae-won-do. tapi oleh kerana bantuan orang ramai yang berada di sekitar itu,Halimah bejaya mendapatkan beg tangannya semula.

Selang beberapa minit,polis pun sampai,(biasala,hero mesti datang lambatkan) lalu menangkap si pencuri tersebut.lalu pencuri tersebut pun dibicarakan di mahkamah.Hasil permuafakatan hakim,maka beliau(wah,'beliau' sekali lagi) dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun.

Well,si pencuri tersebut,apabila dibacakan hukuman terhadap beliau,die relaks je...setenang air di kolam,jangan disangka tiada buaya(sekali lagi aku mengarut). Maka si pencuri tadi dimasukkanla kedalam penjara sungai buloh.Fenomena ketenganan si pencuri tadi menimbulkan tanda tanya kepada beberapa anggota polis yang membawanya. Maka polis tadi pun bertanya,"apakah rahsia anda sehingga berjaya mencapai ketenangan yang nyata walaupun telah nyata anda bersalah?"

Maka si pencuri tadi pun menjawab,"ala... saya dok kat penjara,kalau nak ikut,2 tahun tu memangla lama,tapi selama 2 tahun saya dok kat penjara tu,saya dapat makan,minum,pakaian. tempat tinggal pun ade oang sediakan,memangla tak selesa mula mula,tapi lame lame okla. dan yang menarik sekali,saya tak yah bersusah payah nak kena kerja,cari duit untuk tampung makan minum ape semua.Sebab ape? sebab kat luar sane dah ade berjuta orang yang bekerja untuk tampung saya, bahkan mangsa saya sendiri iaitu cik halimah pun sibuk bekerja untuk tampung saya.

"macam mana diorang tampung awak?,diorang ade bank-in duit ke?"tanya pegawai polis tadi.
"tak,diorang tampung saya mealui cukai yang diorang bayar".kata pencuri tadi selamba.

Kesimpulannya disini, kekurangan undang undang kita berbanding undang undang Islam adalah,ianya kekurangan unsur mendidik. kita sekarang ini memerlukan undang undang yang boleh menjadi pengajaran kepada setiap golongan ,baik yang kaya mahupun miskin,bukanlah membela penjenayah penjenayah. bahkan,menjadikan setiap golongan tidak terlintas untuk melakukan jenayaj tersebut.

Sebab itulah ade relevannya kalau kita upgrade undang undang kita kepada undang undang Islam.Hukuman mencuri,kena potong tangan,memangla berat,tapi kita kena ingat.setiap hukum hudud adalah hukuman yang berat tetapi DIIKUTI OLEH PROSEDUR YANG KETAT.setiap kesalahan,kalau nak dijatuhkan hukuman hudud,terdapat banyak syarat yang mesti dipatuhi,sebagai contoh,barang yang dicuri tersebut mestilah tidak berada ditempat terbuka.Maknenye tuan puya barng pun tidak meninggalkan barangnya begitu sahaja. begitu juga dengan saksi,setiap saksi mestilah beriman,tidak menipu dan jujur. jadi setakat ni sahaja.kalau ade masa,saya akan describe lagi mengenai hukum hudud ini.

Allahumma amin.....sirr a'la barakatillah...lets move with Allah blessing.

No comments:

Post a Comment